Tuesday, September 8, 2009

12 Golongan Ulama yang Terpedaya menurut Imam Al Ghazali

Surah al-Zumar 39;9

Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadat di wakt malam dengan sujud dan berdikari, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ‘ adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ?’ Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran

Sabda Nabi Saw bermaksud : Sesungguhnya ulama adalah pewaris nabi-nabi. Walau bagaimanapun Iman al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumad-Din, membahagikan ulama secara kasar kepada dua golongan.
Pertama : ulama yang sebenar atau ulama akhirat
Kedua : ulama yang jahat ( as-Su’) atau ulama dunia.

Sementara dalam bukunya al-Kasyaf wa’t-Tabyin, beliau membahagikan ualam kepada dua golongan. Mereka adalah ulama yang terpedaya ( al-Maghrurin) dengan niat dan amalan mereka sendiri.
Imam al-Ghazali membahagikan ulama kepada dua belas golongan. Mereka semuanya terdiri daripada ulama al-Maghrurin ( yang terpedaya) seperti berikut ;

Golongan Pertama
Golongan yang mendalami ilmu-ilmu ‘aqliyyah, tetapi mereka cuai menjaga anggota mereka daripada berbuat maksiat dan mengerjakan taat. Mereka terpedaya dengan amalan mereka kerana mereka menyangka bahawa mererka mempunyai kedudukan di sisi Allah.
Mereka itu samalah dengan doctor ( ahli ) yang merawat orang lain tetapi tidak merawat dirinya sendiri. Apakah ubat akan memberi manfaat jika tidak di minum atau di makan? Sesekali-kali ubat itu tidak akan memberi manfaat kecuali kepada orang yang munumnya sesudah mengidap demam.
Mereka lupa dengan firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. [ surah al-Syams, 91;9-10]

Mereka lupa dengan sabda Rasul saw yang bermaksud : siapa yang bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunjuk, tidak akan bertambah ( darjatnya ) di sisi Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : Sesungguhnya orang yang paling teruk menerima seksa di hari kiamat ialah orang yang alim, yang tidak di manfaatkan Allah dan ilmunya.

Mereka terpedaya dengan duniawi. Mereka cinta akan dunia, cinta akan diri mereka sendiri dan kehidupan mereka telah di kuasai dengan usaha mencari kerehatan yang segera. Mereka menyangka ilmu mereka akan meyelamatkan mereka pada hari akhirat tanpa sebarang amalan.

Golongan kedua
Yang mendalamai ilmu, menghayati yang lahir dan mereka meninggalkan maksiat lahir, tetapi mereka mengabaikan hati mereka. Justeru itu mereka tidak membersihkan hati mereka daripada sifat-sifat keji di sisi ALLAH swt – seperti riya, hasad, mengejar pangkat dan ketinggian.

Sabda Rasulullah yang bermaksud
riya itu syirik yang kecil “
“ hasad memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu api”
“ cintakan akan harta dan kemuliaan/pangkat menumbuhkan nifaq dalam hati sebagaimana air menumbuhkan sayur-sayur.”

Firman ALLAH yang bermaksud [ 26;89]
kecuali orang yang mengadap ALLAH dengan hati yang bersih

Golongan ini melupakan hati mereka sendiri dan sibuk dengan perkara-perkara yang lahir. Siapa yang tidak membersihkan hatinya tiadalah sah ketaatannya. Samalah di ibaratkan orang yang sakit di minta doktornya agar merawatnya dengan senaman dan meminum ubat tetapi mereka tidak meminumnya.
Penyakit luar dapat mereka atasi, tetapi penyakit dalam hati tidak dapat mereka atasi. Demikianlah juga perkara-perkara keji yang tersembunyi di hati, kesannya lahir pada anggota-anggota lahir.

Golongan ketiga
Golongan yang tidak mengetahui akhlak batin dan mengetahui bahawa akhlak itu di keji oleh syarak tetap di sebabkan ta’jub dengan diri mereka, maka mereka menyangka bahawa mereka terlepas daripadanya. ( maksud = mereka menganggap diri mereka tidak akan terjerumus kepada maksiat sebegitu, terlalu simple hanya untuk orang2 kebanyakan sahaja)

Mereka menganggap diri mereka lebih tinggi di sisi ALLAH untuk di uji dengan sedemikian itu. Sesungguhnya yang di uji sedemikian itu ialah orang awam, bukan orang yang sampai ke puncak ilmu seperti mereka. Hakikatnya merekalah yang sepatutnya di uji kerana perasaan sombong, merebut pangkat, mencari kemuliaan dan ketinggian telah menguasai mereka.

Mereka terpedaya kerana mereka menyangka itu bukanlah sombong( takkabur), sbaliknya kemuliaan dalam agama, melahirkan kemuliaan agama dan menolong agama ALLAH. Mereka tidak tahu iblis gembira dengan perbuatan mereka.
Mereka lupa akan tawadu’ sahabat- sahabat Rasulullah saw perasaan rendah diri mereka, dan tempat tinggal mereka sehingga Umar ra di tegur kerana keadaan beliau yang bersahaja ketika tiba di Syam. Maka beliau berkata “ kami adalah kaum yang telah di muliakan oleh ALLAH dengan islam dan kami tidak mencari kemuliaan selain daripadaNYA”

Golongan yang terpedaya itu menuntut kemuliaan agama dengan pakaian yang halus cantik, dengan anggapan bahawa dialah menuntut kemuliaan ilmu dan agama sekalipun lidahnya mencaci kawan-kawannya dengan penuh hasad dengki atau mencaci ornag yang menentang pencakapannya ( pendapatnya ). DIa sendri tidakpun menyangka bahawa itu hasad ( dengki ) dan berkata “ dia marah kerana kebenaran dan menentang kebatilan dalam pemusuhan dan kezaliman”

Ini juga tipu daya kerana jikalau ulama-ulama lain yang terdiri daripada kawan-kawannya di caci, kemungkinan dia tidak marah malah dia berasa gembira. Sekiranya dia melahirkan kemarahannnya di hadapan orang ramai, maka hatinya mungkin gembira. Kemungkinan dia melahirkan ilmunya dan berkata “ tujuan saya ( berbuat demikian ) adalah untuk memberi feadah kepada orang ramai” ;tetapi dia sombong.

Jikalau tujuannya membaiki orang ramaim nescaya dia lebih suka meminta mereka itu d baiki oleh orang lain yang mempunyai kedudukan yang sama dengannya atau lebih darinya. Kemungkinan juga mereka ( golongan yang terpedaya ini ) mengadu kepada sultan supaya sultan mengasihi mereka.

Sekiranya dia melihat orang lain seumpamannya di sisi sultan dan sultan sedang mensyafaatkan seseorang, nescaya dia marah. Kemungkinan dia mengambil harta mereka apabila terlintas di hatinya bahawa harta itu haram dan syaitan berkata kepadanya “ harta ini tidak ada pemiliknya, ia untuk kepentingan islam dan anda imam( ketua ) orang islam dan orang yang alim bagi mereka. Dengan andalah teguhnya agama”

Nabi Isa as bersabda bermaksud
“orang alim yang jahat umpama seketul batu besar yang jatuh di permukaan lembah. Batu itu tidak meminum air dan tidak pula membiarkan air itu mengalir kepada tanaman.”
Jenis-jenis yang memperdayakan ahli ilmu sangatlah banyak dan orang yang merosakkan lebih banyak daripada yang membaiki..


Nota kaki
Sumber rujukan dari Buku Antologi Pemikiran Islam - Prof Madya Dr Lutpi Ibrahim

p/s: Saya bukanlah ulama. Saya hanya orang awam.. Bila baca ini kadang-kadang terlupa yang d sebut adalah golongan ulama yang ilmunya tinggi subhanaALLAH. Oleh itu, saya suka ia sebagai peringatan untuk diri saya yang lalai dan leka. InsyaALLAH lapan lagi golongan menyusul kemudian.

Wednesday, August 26, 2009

Ibadat itu Menyeluruh

salam ramadhan buat teman-teman..

Saya suka nk berkongsi dengan satu ayat al-Quran dari sural al-Imran yang berbunyi

"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang di inginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik "

Pagi ini saya bersahur dengan romate..hehe. Sebenarnya dah dua hari kami dapat sahur bersama. Alhamdulilah.. syukur. Esok romate saya balik ke ganu.. hum, kena survival balik. Hidup begini melatih diri untuk pandai mengawal masa dan juga emosi. Yups..emosi. Jika emosi tak stabil 24 jam adalah masa yang parah untuk anda. Tetapi jika anda kemudi emosi anda dengan baik dan bijak, 24 jam adalah masa yang sangat-sangat bernilai untuk anda.

Ibadat itu menyeluruh
Tajuk ini adalah untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain. Mungkin kita terlupa sebentar bahawa dalam surah al zariyat ayat ke 56, ALLAH menerang kan bahawa tujuan DIA mencipta kita tak lain dan tak bukan adalah untuk kita beribadat kepadaNYA. Ibadat bukan hanya solat, puasa atau amalan-amalan keagamaan semata-mata tetapi ia menyeluruh.

Menjadikan Dunia itu ibadat.
Dunia. Score tinggi adalah dunia. KEreta, rumah,motor dan sahabat-sahabat adalah dunia. Ibu bapa, keluarga kita, adik-beradik kita juga adalah dunia.Baju-baju kita, aksesori kita semuanya yang kita pegang dan sayangi sekarang adalah di dunia semata. Anda pernah dengar bukan sabda Nabi tentang wahan- cintakan dunia takutkan mati. Saya mengakui sendiri saya sayang barang-barang saya. Saya sayang sahabat-sahabat saya. Saya sayang ibu dan ayah saya. JIka sudah berkahwin pula, suami dan anak-anak adalah harta paling saya sayangi nanti. Tetapi hakikatnya semua itu hanyalah dunia. Bagaimana saya mahu mendidik diri ini untuk tidak cintakan dunia ~ sedangkan semua itu saya sayangi ??

Alangkah indahnya hidup ini sekiranya semua yang kita ada ALLAH redhai. Alangkah tenangnya hidup ini sekiranya setiap saat ada pahala untuk kita. Itu semua sekiranya kita berniat LILLAHITAALA - kerana ALLAH taala. Kerana ibadat itu mengabdikan diri kepada Allah dgn sepenuhnya serta ketaatan semata2 kerana ALLAH. Dunia adalah tempat ataupun wadah untuk kita beribadat kepadaNYA. Seperti kita bercucuk tanam dan tiba masanya kita kutip hasilnya untuk bekalan ke sana. Atau erti kata lain kita boleh jadikan dunia itu ibadat kita ~ Islam is the ways of life (ad-din). Jadi segala-galanya yang kita lakukan adalah sebagai ibadat kepadaNYA. Sayangilah ibu dan ayah anda sehabis yang mungkin tetapi jangan lupa niat keranaNYA ~ ibadat. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk capai pointer tinggi dan seterusnya dapat pekerjaan yang baik dan bina hidup yang stabil dan berniatlah semata-mata keranaNYA ~ ibadat juga. Dan lain-lain juga. Oleh itu janganlah anda berputus asa atau kesedihan sekiranya yang di sayangi meninggalkan kita, yang ingin di capai tersasar jauh kerana semua yang kita lakukan mendapat pahala untuk kita. ~ bekalan akhirat nanti yang kekal abadi. Itu kejayaan yang pasti - Tiket ke syurgaNYA.

Ikuti syariatNYA untuk keredhaanNYA.
Jika beribadat yang pasti syariatNYA jangan di abaikan. Janganlah pula kita lakukan kemaksiatan dalam setiap ibadat kita kepadaNYA. Kerana di takuti ALLAH tidak redha ataupun laknat atas segala tindakan kita. Redha ALLAH yang paling utama untuk mendapatkan keberkatan hidup. Takut bukan pahala yang dapat, tetapi dosa pula terhimpun. Nauzubillah...
Dalam menjaga diri kita daripada melakukan segala maksiat di samping kita sedang beribadat kepadaNYA amat-amat memerlukan sikap yang prihatin dan juga sikap tidak sambil lewa. Contohnya sekiranya kita sudah berniat untuk belajar keranaNYA, dalam kelas kita dengan mengata dan mengumpat guru yang mengajar kita - itu sudah dosa. Pentingnya kita untuk sentiasa tahu apa itu hak dan apa itu batil. Ia bagaikan garis yang jelas yang membezakan mana yang salah dan mana yang betul. Janganlah kita kerana kepentingan dunia kita langgar syariatNYA. Tetapi itulah ujian hati. ALLAH menguji keikhlasan kita di situ. Semoga kita istiqamah di jalanNYA biarpun semanis mana tawaran dunia.

Jangan pakaikan keburukan dengan kebaikan.
Satu fenomena yang acap kali saya perhati dan dengar. Saya sendiri mengakui saya pernah juga terbabas dalam isu-isu yang was-was benar atau salah tindakan saya ini. Sehinggakan saya tutup mata sebelah untuk syariat demi mencapai apa yang saya inginkan. Ketegasan sudah lenyap akibat terpedaya dengan tawaran dunia yang mengiurkan. Kita sudah A+ tetapi kita cacatkan result kita hanya kerana ceteknya ilmu. Oleh itu penting untuk kita mengali ilmu untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Banyak yang saya tidak ketahui dan banyak dan terlalu banyak yang saya tak ambil tahu. Hidup orang yang berilmu dan orang tak berilmu sangat-sangat berbeza. Ia bagaikan beza orang yang mempunyai mata tetapi tidak dapat melihat berbanding orang yang punyai mata tetapi mampu melihat. Oleh itu saya seru diri saya dan sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mengali ilmu. Ilmu dunia dan akhirat.

P/s : sekira ada kesilapan harap tegur. Saya masih berjinak-jinak dalam penulisan yang lebih serius dan berilmu. Sebelum ini saya lebih banyak bergurau - satu pendekatan lain. Harap segala kesilapan di maafkan. Jika boleh tegurlah dengan email kepada saya.Itu lebih baik. InsyaALLAH untuk saling membaiki satu sama lain. =)


Thursday, July 30, 2009

Jalan Perjuangan

Kita sudah pilih jalan ini sahabat,
Kita sudah sepakat sepenuh hati berjanji akan memegang amanah ini,

aku nampak wajah mu sungguh semangat melaungkan kata-kata semangat itu..
Aku nampak ramai yang menyokongmu..
aku nampak semua itu sahabat..
Aku menyaksikan semua itu...

KINI..

kita sudah lama berada di jalan ini..
kita sudah kenal jalan ini..
bila cahaya memancar..
jalan ini berdebu...
bila hujan turun ke bumi..
jalan ini berlecak..
Kita sama-sama tempuh jalan ini..
biarpun hati kita sakit dan pedih menahannya...
Tapi kita yakin akan pilihan kita..
Kita YAKIN akan jalan ini sahabat ku..
akan membawa kita ke redha NYA...

Sahabat...
Jalan ini PENUH duka dan suka..
Jalan ini perlukan kita untuk memeriahkannya..
Jalan ini perlukan kita yang segelintir ini..
KERANA kita peduli..
KERANA kita ambil tahu..
KERANA kita pilihanNYA..
Oleh itu hargailah setiap saat itu...
hargailah sahabat2 perjuanganmu...
JANGAN kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
sama-samalah kita pimpin jalan memahami kesulitan di depan..
sama-samalah kita lengkap melengkapi untuk menjadi komponen yang KUAT..

Kita sedikit wahai sahabat..
kita burung merpati putih di dalam kumpulan gagak hitam..
Jangan kerana kuantiti menjadi soal di sini...
tetapi KUALITI HARUS DI GILAP!!


JANGAN PATAHKAN SEMANGATKU INI SAHABAT!!!
Aku tahu kata2ku ini hanya sangat bersemangat...
YANG AKAN PADAM BARANYA..
tetapi biarlah ia SEMPAT menyala membakar semangat sahabat2 yang lain..
agar bila nyalaan ku hampir padam..
mereka akan menyalakan ku semula..

kita semua sementara...
kita semua menuju kepadaNYA...
hargailah diriku sahabat...
akan ku hargai dirimu...
biarpun umur menjadi bezanya..
biarpun ilmu menjadi bezanya..
biarpun pakaian luar menjadi bezanya...
tapi kita SATU JEMAAH!!..
SATU AGAMA...SATU AKIDAH TAUHID..
apa lagi yang dapat MEMISAHKAN KITA sahabatku...

sahabat...
jalan ini sudah kita tekad untuk jalani...
kita sudah separuh jalan sahabat...
masih panjang perjalanan kita...
masih jauh lagi..

MARI!!
kita nyanyikan tasbih penenang hati..
MARI!!
kita berjemaah satu saf untuk menyatukan hati...
MARI!!
kita bacakan ikrar doa rabitah mengikat hati kita bersama...

Jangan merajuk wahai sahabat...
Rasulullah tidak pernah merajuk dengan perjuangan beliau..
siapalah kita berbanding dengannya...
Ukhwah fillah keranaNYA.